Setelah selesai beliau berdoa Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda: “Aku telah memohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah mengabulkan dua perkara dan satu lagi ditolak.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya tidak membinasakan umatku dengan musim kemarau yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini tidak dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
- Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan karena peperangan sesama mereka (perang dan permusuhan antara sesama umat Islam). Tetapi permohonan tersebut tidak diperkenankan (ditolak).
0 comments:
Post a Comment