Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya al-'Alawi al-Husaini asy-Syafi`i, Mufti Betawi yang terkenal menulis dalam kitabnya "az-Zuhrul Baasim fi Athwaari Abil Qaasim s.a.w. ":-
....Maka sekalian anbiya` 'alaihimus sholatu was salam dijadikan mereka itu daripada cahaya Nabi Muhammad s.a.w. dan memberi tasbih oleh cahaya itu pada Allah ta`ala, maka sekalian malaikat memberi tasbih pada Allah ta`ala dengan tasbihnya cahaya itu di dalam masa 2000 tahun. Maka kemudian daripada itu, maka dijadikan oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. (yakni jasad baginda) dan ditaru(h) padanya cahaya Nabi Muhammad s.a.w., maka diperintah oleh Allah ta`ala akan sekalian malaikat bersujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Maka setelah itu diambil maka diambil oleh Allah ta`ala akan Nabi Adam a.s. perjanjian bahawa ia memelihara akan cahaya itu turun - temurun. Maka dengan taqdir Allah berpinda(h)-pinda(h)lah itu pada anak cucu Nabi Adam dari nabi-nabi dan wali-wali hingga pada Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Isma`il a.s. dan turun-temurun pula hingga pada 'Abdul Muthallib ibnu Hasyim iaitu kake(k)nya Rasulullah s.a.w. yang masyhur di negeri Makkah mempunyai pangkat besar lagi murah dua tangannya memberi sedekah dan jamu-jamuan pada orang-orang hingga binatang-binatang di hutan diberi makan padanya. Pada masa diperanakkan 'Abdullah anaknya 'Abdul Muthallib, maka berpindahlah cahaya Nabi Muhammad dari 'Abdul Muthallib kepada anaknya 'Abdullah itulah ayahanda Rasulullah s.a.w.........---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syaikh Ismail Haqqi rhm. pengarang kitab tafsir "Ruhul Bayan" pada jilid 2, mukasurat 370 menyatakan pula:-
- "....Dan dinamakan Junjungan Rasul itu sebagai nur kerana seawal-awal sesuatu yang dizahirkan/diwujudkan Allah dengan nur qudrahNya (yakni dengan kekuasaanNya) dari kegelapan 'adam (ketidakwujudan) adalah Nur Muhammad s.a.w. sebagaimana dinyatakan dalam hadis: "Seawal-awal yang diciptakan Allah ialah nurku".......Ikhwah, Imam al-FakhrurRazi dalam tafsirnya yang masyhur "Mafaatihul Ghaib" juzuk 6, menyatakan bahawa sujudnya para malaikat sebagai tanda hormat kepada Nabi Adam a.s. adalah dikeranakan Nur Muhammad a.s. yang berada di dahi Nabi Adam a.s. Imam asy-Syahrastani dalam 'Milal wan Nihal" juga menceritakan bahawa gajah-gajah Abrahah menyungkur sujud menundukkan kepadanya kepada Abdul Mutallib kerana Nur Muhammad s.a.w. yang ada di dahinya. Inilah antara bukti kewujudan dan kebesaran Nur Muhammad s.a.w. yang merupakan roh Junjungan kita.
Syaikh 'Abdul Wahhab asy-Sya'raani dalam "al-Yawaaqiit wal Jawaahir" menyebut:-
- ... Maka sekiranya ditanya: Apakah yang terawal dizahirkan (diwujudkan) selepas dibelah/dipecah mega/tabir ketidakwujudan (yakni selepas Allah berkehendak untuk mewujudkan makhluk dengan menamatkan 'adamnya makhluk) ? Jawapannya adalah seperti kata Syaikh Taqiyuddin bin Abu Mansur, bahawasanya seawal-awal makhluk yang diwujudkan selepas dirobek mega ketidakwujudan adalah Junjungan Nabi s.a.w., maka dengan demikian berhaklah Junjungan Nabi s.a.w. sebagai yang terawal daripada segala yang awal (daripada sekalian makhluk), maka Junjunganlah bapa bagi segala ruhaniyyah sebagaimana Adam a.s. menjadi bapa bagi segala jisim jasmaniyyah.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment