Prof Dr Ali Jum’ah : Hukum Bertawassul Dan Dalil-dalil Sahih

Prof Dr Ali Jum’ah : Hukum Bertawassul Dan Dalil-dalil Sahih
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Soal Jawab Ibadah
Soalan :
Apakah boleh bertawassul dengan Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam di dalam doa setelah wafatnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi wasallam?
Jawapan :
Makna tawassul banyak disalahfahami di dalam Islam pada masa kita sekarang, sehingga hal ini memaksa kita untuk melihat kembali makna dasar tawassul secara bahasa dan maknanya secara syariat sebelum berbicara tentang hukum tawassul dengan Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam.
Makna Wasilah secara bahasa dan syariah :
Kata wasilah dari segi bahasa
Martabat atau kedudukan di sisi raja. Ia juga bermakna darjat, pangkat dan juga kedekatan. Jika seseorang bertawassul kepada ALlah subahanahu wa ta’ala dengan suatu wasilah, maka ertinya dia melakukan suatu amalan yang mendekatkan dirinya kepada ALlah subahanahu wa ta’ala. Perkataan Al Wasil bermaksud orang yang berhasrat kepada ALlah subahanahu wa ta’ala.
Makna wasilah secara syariat :
Maknanya tidak keluar jauh dari bahasa sebab urusan utama kehidupan muslim adalah bagaimana mendekatkan diri kepada ALlah subahanahu wa ta’ala mencapai keredhaan dan memperoleh pahala dariNya. Rahmat ALlah subahanahu wa ta’ala adalah Dia telah menetapkan bagi kita seluruh ibadah sebagai pintu mendekatkan diri kepadaNya. Maka orang Islam sentiasa mendekatkan diri kepada ALlah dengan pelbagai jenis ibadah yang telah disyariatkan oleh ALlah subahanhu wa ta’ala.
Ketika seorang Muslim melaksanakan solat. sesungguhnya ia sedang mendekatkan diri kepada ALlah subahanahu wa ta’ala dengan solat iaitu bertawassul kepada ALlah dengan solat ini. Oleh itu, kandungan al Quran seluruhnya memerintahkan kepada kita untuk berwasilah (mendekatkan diri) kepada ALlah subahanahu wa ta’ala.
ALlah menyebutkan kata wasilah di dalam kitab suciNya yang mulia di dalam 2 ayat. Pada ayat pertama ALlah menunrunkan perintah melakukannya. ALlah berfirman yang bererti :
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wata’ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya
(Al Maidah :35)
Pada ayat yang kedua, ALlah memuji orang-orang yang bertawasul kepadaNya dalam doa seruan mereka. ALlah subahanahu wa ta’ala berfirman yang bererti :
Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (wasilah) kepada Tuhan mereka, siapakah di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang amat (harus) ditakuti”
(Al Isra’ : 57)
Empat mazhab feqah besar sepakat di atas bolehnya bertawassul dengan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam bahkan menegaskan anjuran terhadap hal itu dan tidak membezakannya apakah dilakukan pada saat Baginda hidup atau setelah Baginda wafat.
Tidak ada yang berpandangan ganjil (berbeza) dari pendapat ini kecuali Ibnu Taimiyyah yang membezakan antara tawassul dengan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam pada saat masih hidup dan setelah Baginda wafat. Oleh itu, kami tetap mengajak umat Islam berpegang teguh dengan kesepakatan pendapat para imam yang merupakan tokoh-tokoh umat ini.
Agar tidak mengulang-ulang penjelasan, pada jawapan terhadap pertanyaan sebelumnya tentang firman Allah subahanahu wa ta’ala
“Sesungguhnya jikalau mereka, ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah subahanahu wa ta’ala dan RasulNya pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati ALlah subahanahu wa ta’ala Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang”.
(Surah an Nisa’ : 64)
Apakah ayat ini masih berlaku atau sudah berakhir setelah wafat Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Kami mengambil penjelasan daripada pendapat empat mazhab besar yang menegaskan mengenai galakan dan sunnahnya bertawassul dengan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, dan meminta Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam memohonkan keampunan untuk kita. Silalah untuk membacanya kembali. Selanjutnya, kami akan memaparkan dalil-dalil dari al Quran dan Sunnah yang menjadi landasan kesepakatan mazhab yang empat iaitu :
Dalil-dalil Al Quran al Karim :
1. Firman ALlah subahanahu wa ta’ala :
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALlah subahanahu wa ta’ala dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya.
(surah al Maidah ayat 35 )
Ayat yang pertama ini memerintahkan orang-orang yang beriman untuk mendekatkan diri kepada ALlah subahanahu wa ta’ala dengan pelbagai bentuk pendekatan diri. Bertawassul kepada Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam di dalam doa termasuk media pendekatan diri (qurbah), dan ini akan ditegaskan lebih terperinci di dalam pemaparan dalil-dalil Sunnah.
Tidak ada keterangan yang mengistimewakan satu cara bertawassul dibandingkan dengan cara yang lain. Perintah yang terkandung itu umum; mencakupi seluruh bentuk wasilah dan media yang diredhai ALlah subahanahu wa ta’ala. Doa itu sendiri ibdah dan diterima sepanjang doa itu tidak berupa permohonan untuk memutuskan hubungan (silaturrahim), perkara dosa, atau mengandungi ungkapan-ungkapan yang bertentangan dengan dasar-dasar aqidah dan prinsip-prinsip Islam.
2. Firman Allah subahanahu wa ta’ala :
“Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada ALlah subahanahu wa ta’ala) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.”
(Surah al Isra’ ayat 57)
ALlah memuji orang-orang Mukmin yang memenuhi seruan ALlah subahanahu wa ta’ala dan mendekatkan diri kepadaNya dengan wasilah (jalan) dalam berdoa. Kami akan menjelaskan bagaimana seorang Muslim bertawassul kepada ALlah subahanahu wa ta’ala di dalam doanya daripada Sunnah.
3. Firman ALlah subahanahu wa ta’ala :
“Sesungguhnya jikalau mereka, ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah subahanahu wa ta’ala dan RasulNya pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati ALlah subahanahu wa ta’ala Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang”.
(Surah an Nisa’ : 64)
Ayat yang ketiga ini mengandungi ketegasan tuntutan dari ALlah subahanahu wa ta’ala kepada orang-orang yang beriman untuk datang kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan memohon ampun kepada ALlah subahanahu wa ta’ala di depan Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Itu lebih dapat diharapkan untuk diterima permohonan ampun mereka.
Dalil hadith :
1. Diriwayatkan dari Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu anhu bahawa seorang lelaki yang rosak penglihatannya (buta) datang kepada Nabi, dia berkata,
“Berdoalah kepada ALlah semoga Dia menyembuhkanku”. Baginda menjawab “Jika kamu mahu, aku doakan. Sekiranya kamu mahu bersabar, kamu bersabar. Maka itu lebih baik bagimu.” Dia berkata, “Doakanlah kepada ALlah subahanahu wa ta;ala”. Lalu baginda memerintahkan kepadanya untuk berwudhuk, benar-benar di dalam melakukan wudhuk dan berdoa dengan doa ini.
Ya ALlah, aku memohon kepadaMu dan bertawajjuh (menghadapkan diri) kepadaMu dengan Nabi kami, Nabi rahmat Ya RasuluLlah, aku bertawajjuh denganmu (sebagai wasilah) kepada Tuhanku pada hajatku ini semoga diperkenankan untukku. Ya ALlah, berilah syafaat baginya padaku
(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 138; Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5. hlmn 569 dan dia berkata, “ini hadith hasan lagi sahih; Nasa’i, as Sunan al Kubra, vol 6 hlmn 169; Nasai Amal al Yaum al Lailah, vol 1 hlmn 417; Ibnu Majah. Sunan Ibnu Majah, vol I hlmn 441: Hakim, Al Mustadrak, vol I, hlmn 458 dan vol I hlmn 707, Al Mu’jam AsShagir, vol I, hlmn 306, Al Mu’jam al Awsath, vol 2, hlmn 105; dan Thobrani, al Mu’jam al Kabir, vol 9, hlmn 30)
Hadith ini dinyatakan sahih oleh Hakim dan Tirmidzi. Kami tidak mengetahui ada seseorang yang menyatakan dhoif. Hadith ini merupakan dalil Sunnah dan dianjurkan ungkapan ini di dalam doa-doa bahawa RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam mengajarkannya kepada salah seorang sahabatnya. Dan ALlah menampakkan mukjizat Nabi-Nya bahawa Dia memperkenankan doa orang buta tersebut di tempat itu juga.
Pada hakikatnya kami tidak perlu mengemukakan lingkungan cerita hadith ini yang terjadi pada masa Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu ‘anhu kecuali bahawa kita memerlukannya untuk mengambil dalil atas bolehnya berdoa dengan bentuk ungkapan ini setelah wafatnya Nabi dari kehidupan dunia. Apabila RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan kepada salah seorang sahabatnya suatu bentuk ungkapan doa, dan sampai kepada kita dalam riwayat dan sanad yang sahih, maka itu menunjukkan atas sunnah dan dianjurkannua berdoa dengan menggunakan bentuk ungkapan itu dalam setiap waktu sampai ALlah mewarisi bumi dan orang-orang yang ada di atasnya. (Mewarisi bumi adalah ungkapan al Quran. Maksudnya, sampai alam semesta dan segala isinya ini hancur dan hanya ALlah sahaja yang kekal).
Menanggapi hal ini, Imam Syaukani berkata :
“Dalam hadith ini terkandung dalil yang menunjukkan bahawa bolehnya bertawassul dengan RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam kepada ALlah subhanahuwa ta’ala disertai dengan keyakinan bahawa, yang melakukan sebenarnya adalah ALLah. Dialah yang Maha Memberi dan Maha Menghalangi, Apa yang Dia kehendaki pasti terjadi dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti tidak akan terjadi.”
Disebabkan oleh tidak adanya makna-makna usul (prinsip-prinsip usul fiqh) pada benak hati kebanyakan orang pada masa itu, kami harus mengemukakan cerita yang melingkupi munculnya periwayatan hadith tersebut. Dengan kisah ini, jelaslah bahawa salah seorang sahabat radiyaLlahu ‘anhu yang agung pernah memberikan arakan kepada seseorang yang mempunyai hajat dan mengajarkan doa ini kepadanya. Ini juga telah terjadi setelah Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam wafat. Kisah daripada hadith ini kami kemukakan pada hujah kedua berikut.
2. Cerita dari sebuah hadith, ada seorang lelaki berkali-kali datang kepada Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu ‘anhu kerana suatu keperluan. Namun Saidina Uthman radiyaLlahu ‘anhu selalu tidak menoleh kepadanya dan tidak sempat memerhatikan keperluannya. Kemudian lelaki tersebut mengadkan persoalannya kepada Saidina Uthman bin hunaif radiyaLLahu ‘anhu. Maka Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu ‘anhu berkata kepadanya,
“Pergilah ke tempat wudhuk dan berwudhuklah. Kemudian pergilah ke masjid, lalu lakukan solat dua rakaat. Setelah itu berdoalah ‘Ya ALlah, aku memohon kepada-Mu, bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada-Mu dengan Nabi kami, Nabi pembawa rahmat. Ya Nabi (Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam) aku bertawajjuh denganmu (iaitu sebagai wasilah) kepada Tuhanku sehingga diperkenankan untukku hajatku,” dan sebutkanlah hajatmu. Datanglah kepadaku sehingga aku boleh pergi bersamamu.”
Lelaki tersebut bergegas pergi dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLLahu ‘anhu kepadanya. Kemudian dia mendatangi kediaman Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu ‘anhu. Baharu saja sampai, penjaga pintu terus menghampirinya dan membawanya masuk untuk menghadap Saidina Uthman bin Affan radiyaLlahu ‘anhu. Lalu saidina Uthman bin Affan radiyaLlahu anhu mempersilakannya untuk duduk bersama di atas permaidani dan berkata kepadanya, “Apa keperluanmu?” Lelaki itu pun menyebutkan keperluannya. Dan Saidina Uthman bin Affan radiyaLLahu ‘anhu meluluskan keperluannya. Kemudian dia berkata. “Kamu tidak menyebutkan keperluanmu hingga sekarang ini sahaja.” Dia juga berkata, ” Jika kamu ada keperluan, datanglah ke mari.”
Kemudian lelaki itu keluar dari kediaman Saidina Uthman bin Affan RadiyaLLahu ‘anhu, dan segera menemui Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu ‘anhu. Ia berkata kepadanya, “Semoga ALLah subahanahu wa taala membalas kebaikan untukmu. Sebelumnya dia tidak menghiraukan keperluanku dan tidak menoleh kepadaku, hingga hari ini setelah engkau dahulukan berbicara kepadanya tentang diriku.” Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLLahu anhu menjawab, “Demi ALLah subahanahu wa ta’ala aku tidak pernah berbicara tentangmu kepadanya. Aku tetapi, aku pernah menyaksikan RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bahawa seorang lelaki yang buta datang kepadanya..”
Kemudian dia pun menyampaikan hadith tersebut (di atas).
(Cerita ini diriwayatkan oleh Thobrani, al Mu’jam al Shagir, vol 1, hlm 306; Baihaqi di dalam kitab Dala’il Al Nubuwwah; dikemukakan oleh Al Mundziri di dalam kitab at Targhib wa at Tarhib, vol 1 hlm 273; disampaikan oleh al Haithami di dalam Majma’ Az Zawaid, vol 2 hlmn 279; dan dikemukakan juga oleh Al Mubarakuri di dalam Tuhfat al Ahwadzi, vol 10, hlmn 24)
Al ‘Allamah Al Hafiz As Sayyid AbduLlah bin Shiddiq Al Ghumari berkata, cerita ini diriwayatkan oleh Baihaqi di dalam kitab Dala’il al Nubuwwah dari jalur riwayat Ya’aqub bin Sufyan radiyaLLahu ‘anhu (menggunakan pola riwayat ‘haddathana’), dari Ahmad bin Syabib, dari ayahku (Syabib), dari Rauh bin Qasim, dari Abu Ja’far al Khathmi, dari Umamah bin Sahl bin Hunaif, dari bapa saudaranya, Saidina Uthman bin Hunaif radiyaLlahu ‘anhu, bahawa seorang lelaki berkali-kali datang kepada Saidina Uthman bin Affan RadiyaLlahu ‘anhu lalu dia menyebutkan cerita itu selengkapnya.
Kemudian dia berkata,
“Ya’qub bin Sufyan adalah al Nasawi seorang hafizh, imam dan tokoh thiqah, bahkan ia lebih thiqah dan hadith ini sanadnya sohih.”
Maka, cerita ini sangat sohih. Selaras di dalam menyatakannya sohih juga al Hafizh Al Mundziri di dalam kitab “Al TArghib wa al Tarhib”, vol 3, hlmn 606 dan Al Hafizh Al Haithami dalam kitab Majma’ az Zawaid, vol III hlm 379 (Al Allamah As Sayyid AbduLLah bin Shiddiq al Ghumari, Irgham Al Mubtadi’, Al Ghabi, hlm 6)
Cerita ini adalah dalil yang menunjukkan apa yang ditunjukkan oleh hadith disertai dengan penutupan pintu atas orang yang mencuba menghukum bahawa hadith ini khusus pada waktu Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam hidup, dan tidak ada dalil yang mengkhususkan sebagaimana telah kami sebutkan. Akan tetapi, hal itu telah menguatkan kekukuhan dan mendukung kebenaran. Insya ALlah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share